Siakap Keli
Gambar: France 24

PM Libya Umum Mahu Berundur Pada Oktober

TRIPOLI, 17 Sept (Bernama) —  Perdana Menteri Libya, Fayez Serraj, yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan hasratnya mahu melepaskan jawatannya bermula Oktober, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya meminta Jawatankuasa Dialog membentuk pihak berkuasa eksekutif baharu untuk memastikan peralihan kuasa yang aman dan lancar,” kata Serraj dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen.

Serraj menyambut baik rundingan yang ditaja PBB baru-baru ini, antara pihak berkepentingan utama di Libya, berharap lebih banyak kesepakatan terhasil.

Kerajaan yang dipimpin Serraj dibentuk pada 2015 berdasarkan perjanjian politik ditaja PBB, bertujuan menamatkan perpecahan politik di negara itu.

Namun, di sebalik perjanjian itu, Libya tetap menyaksikan perpecahan politik di tengah-tengah ketidakstabilan dan kekacauan.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right