Pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terlibat dalam kemalangan, dipercayai pada malam tadi.
Menurut kenyataan isterinya melalui hantaran di Facebook awal pagi tadi, beliau telah selesai menjalani pembedahan.
Difahamkan, banyak kecederaan dialami di bahagian muka dan semuanya sudah dirawat dan dijahit.

Assalamualaikum.
Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna.
Alhamdulillah.
Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya.
Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi….
Posted by Fedtri Yahya on Wednesday, 16 September 2020
Sumber: Ahmad Fedtri Yahya