Siakap Keli
Gambar: Adi Aqeed

Terlantar & Bergantung Dengan Susu Khas, Adik Alisha Perlukan Bantuan Orang Ramai

Berbeza dengan kanak-kanak lain, Adik Alisha Dhia Zara, 4 tahun diuji dengan masalah jangkitan kuman dan lebihan cecair pada otak (Hydrocephalus). Adik Alisha dikatakan telah terlantar sejak awal tahun lalu gara-gara jangkitan kuman pada otak.

Perubahan mendadak anak ini dari seorang yang lincah pastinya memberi kesan kepada ibunya, Zarina Ibrahim. Katanya, dia perlu menanggung kos tambahan seperti susu khas dan lampin setiap bulan demi anaknya yang tercinta.

Menurut sukarelawan, Adi Aqeed, wanita itu perlu menanggung kos sehingga RM650 sebulan untuk susu sahaja selain perbelanjaan lampin sebanyak RM100.

“Ibu harap ada keajaiban untuk Alisha”

16.9.20

Kuala Krai , Kelantan

Petang semalam saya berkesempatan singgah di rumah adik Alisha Dhia Zara.

Tubuh Adik Alisha agak susut sedikit berbanding dengan keadaannya ketika saya mengikuti program sumbangan bantuan oleh NGO KELSS setahun yang lalu.

Adik Alisha kini berusia 4 tahun, terlantar separa koma sejak awal 2019 setelah disahkan menghidap jangkitan kuman pada otak selain mengalami masalah cecair lebihan pada otak (Hydrocephalus).

“Saya redha dengan takdir dan ujian ini, anak saya dari seorang anak yang lincah secara tiba tiba terlantar sebegini,” kata ibunya Zarina Ibrahim ketika ditemui petang semalam dirumahnya di Kg Kuala Pertang.

Menurut ibunya, bebanan terhadap kos keperluan khas adik Alisha agak dirasai berikutan anaknya itu hanya bergantung pada susu khas ‘Pediasure’ yang agak mahal mencecah RM650 sebulan selain kos lampin RM100 sebulan.

JKM turut membantu meringankan beban melalui elaun bulanan RM350 sebulan.

Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi membantu meringankan beban adik Alisha boleh terus salurkan sumbangan ke akaun ibunya Zarina Ibrahim,

Agrobank 2006 7010 0033 9234

Maybank 1530 2935 2779

Telefon: 011 2560 3362

Lokasi: Kampung Kuala Pertang 2, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Sumber: Adi Aqeed

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.