Astro kini muncul dengan pelbagai program menarik dan fresh untuk menghiasi hari-hari korang setelah tiga bulan mengalami kekangan produksi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mesti korang pun dah bosan dan tak sabar nak tengok pelbagai rancangan baru dan best dari Astro kan? Ada juga yang dah merindui artis-artis favorite masing-masing!
Ha, jangan risau sebab bermula bulan ini, empat drama baru yang ditayangkan di Astro dengan plot cerita yang tak cliché, filem serta tiga program realiti baharu akan penuhi selera korang sebagai penonton setia Astro.
Pilih je nak tengok apa macam list kat bawah ni, macam-macam genre ada tau!
1. Jalan ‘’Sesat’’ Ke Syurga
Dengar tajuk pun dah meremang, drama penuh pengajaran yang jadi tumpuan ramai mengenai ajaran sesat yang bercanggah dengan Islam. Jalan cerita lain dari yang lain dari drama yang korang pernah tonton sebelum ini!
Watak Elizad (Inara) mengalami kejadian ngeri ‘mati hidup semula’. Dia yang insaf dan ingin mendalami agama mula keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh ibu bapanya yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing. Seram!
Gandingan hebat bersama Aaron Aziz (Hazmah) ini akan membongkar kisah sesat ajaran agama dalam negara kita hasil arahan pengarah hebat Shuhaimi Zulkefli dan sentuhan sutradara berkaliber, Osman Ali.
Korang boleh tonton setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang hanya di Astro Prima, On Demand dan Astro Go.
2. Bidadari Kiriman Tuhan
Pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah, digandingan bersama Hero Malaya, Zul Arifin, di dalam Bidadari Kiriman Tuhan.
Korang kena tengok sebab kisah cinta ini langsung tidak cliché di mana dua beradik kembar seiras yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang sama, Yusuf, lakonan Zul Ariffin.
Paling best, Mira first time bawa dua watak berbeza iaitu adik yang bergelut dengan kelainan upaya (Manis) dan kakak yang mencari cinta sejati (Manja). Wow!
So kalau nak tahu kesudahan kisah cinta ini, korang kena tengok sendiri drama arahan pengarah hebat Rashid Sibir di saluran Astro Ria, On Demand dan Astro Go yang mula ditayangkan mulai 25 Ogos lalu.
3. Perempuan Tanpa Dosa
Kamal Adli dan Uqasha Senrose, pasangan serasi hero dan heroin di dalam Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang.
Watak Uqasha sebagai Lily dan Kamal sebagai Rizal yang mulanya berkahwin paksa tanpa cinta atas satu sebab kemudiannya jatuh hati, pasti membuatkan korang tersenyum melihat bibit-bibit cinta yang berputik. Fuhh!
Lakonan yang natural ini pastinya mengubat rindu penonton yang meminati drama sebelum ini iaitu Setelah Terlafaznya Akad yang kini boleh ditonton di On Demand dan Astro GO. Korang boleh strim jer kesemua episod sambil menunggu drama baharu mereka!
Ok guys ready depan TV Oktober ini, Perempuan Tanpa Dosa hanya di Astro Ria, On Demand dan Astro Go!
4. Aku Bunga
Berjiwa muda dan sukakan lagu? Ha ini filem best, kena dengan jiwa untuk korang tonton. Astro First Eksklusif mempersembahkan Aku Bunga, yang menampilkan rapper berhijab, Noor Ayu Fatini yang memainkan watak utama Bunga.
Imej heroin yang dibawakan Noor Ayu yang sangat meminati muzik hip hop, lain dari yang biasa korang tengok di TV bergandingan pula dengan dua hero iaitu Ben Amir dan Naim Daniel.
Jangan lupa, langgan filem arahan pengarah tersohor, Khabir Bhatia ini di Astro First, saluran 480 dan On Demand.
5. Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu
Budak Baru Nak Up (BBNU) kembali membawakan hiburan sensasi untuk korang menerusi Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu dengan pengisian lebih mantap mengikut SOP.
Korang dapat saksikan persaingan sengit pada musim ketiga ini antara 12 bintang BBNU yang terdiri daripada lapan bintang lelaki dan empat bintang wanita di pentas utama selama lapan minggu.
Jadi, selepas Sarah Suhairi dan Hyan Byul, korang rasa siapa muka-muka baharu yang bakal merebut takhta juara Big Stage? Saksikan setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD dan Astro Ria.
6. The Masked Singer Malaysia
Dah cukup layan emosi dengan drama dan filem, Astro nak bagi korang terhibur pula. Rancangan The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna ini pasti buat ramai melekat depan kaca TV.
Program ini merupakan pertandingan nyanyian berkonsep misteri dan jadi fenomena dan kegilaan di Korea Selatan sebelum diadaptasi di negara seperti China, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Sepanjang rancangan, korang akan berdebar untuk teka siapa identiti yang bersembunyi di sebalik topeng yang bakal mencetus pelbagai kontroversi.
Seramai 12 peserta yang terlibat ini merupakan nama-nama tersohor negara yang akan menyanyi dan buat panel hakim selebriti rasa keliru. Memang best!
So bermula 18 September, setiap Jumaat, jam 9 malam korang boleh siap sedia depan TV dan teka siapakah Masked Singer pertama Malaysia!
7. Mikrofon Impian 2
Program Mikrofon Impian 2 di Astro Prima bakal kembali lagi menemui korang pada Oktober ini dengan format sama untuk bantu mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan bantuan kewangan.
Ditambah pula dengan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP), segelintir masyarakat ada yang hilang pekerjaan dan terjejas dari segi sumber pendapatan.
Jadi korang jangan lupa saksikan di saluran Astro Prima pada setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula 7 Oktober ini untuk selami sendiri emosi peserta menerusi lagu dan suara mereka okay!
Semua drama hebat yang mampu memprovokasi emosi korang sampailah ke rancangan-rancangan realiti yang sensasi sepanjang September dan Oktober di saluran Astro pastinya membuatkan ramai teruja.
Walau kita semua berbeza minat dan genre, seisi keluarga atau rakan-rakan tetap boleh berhibur bersama-sama kerana di Astro ada semuanya.
Paling best, Astro GO kan percuma untuk semua pelanggan Astro! Satu keluarga korang boleh strim pelbagai rancangan tanpa henti pada empat peranti secara serentak.
Tunggu apa lagi, muat turun dan strim sekarang di Astro GO! Dah tak perlu nak berebut alat kawalan TV, tinggal pilih rancangan best yang korang nak tengok je!
Semuanya bermula di sini… Barulah ON!