Siakap Keli
Gambar: Daily Mirror

(Video) Penampakan ‘Wajah’ Di Sebalik Tingkap Bikin ‘Seram, Video Didedahkan Wanita Ini Berjaya Bongkar ‘Misteri’

Seorang wanita yang menemui sebuah rumah besar kosong ketika melakukan aktiviti mendaki secara tidak sengaja telah merakam satu wajah pada salah satu tingkap di rumah berkenaan.

Penampakan wajah tersebut telah disedari oleh anaknya selepas wanita itu menghantar video berkenaan kepada anaknya yang bernama Rebecca untuk mendengar ulasan mengenai rumah terbabit daripada anaknya.

Pun begitu, Rebecca jauh lebih terganggu apabila melihat sesuatu yang ibunya tidak sedar terdapat dalam video itu, dan memuat naik klip tersebut ke aplikasi TikTok dengan kapsyen: “Ibu saya telah menghantarkan sebuah video memaparkan sebuah rumah agam yang dijumpainya semasa mendaki dan saya baru perasan bahawa terdapat satu WAJAH di tingkap itu.”

Ketika ibunya menjelaskan bahawa dia diberitahu itu adalah ‘rumah Murphy’, dia berkata: “Saya rasa mereka tidak tinggal di sini buat masa ini kerana ia kelihatan seperti ditinggalkan.

“Ianya pasti sangat cantik dulu. Saya terbayang berjalan-jalan di sini dengan berpakaian cantik. Pastinya sungguh luar biasa, ianya sangat cantik.”

Tetapi dia nampaknya tidak menyedari langsung bahawa terdapat satu wajah kanak-kanak yang sedang duduk menatapnya dari tingkap di tingkat atas rumah tersebut.

Video tersebut telah memperoleh hampir dua juta tontonan selepas ia dikongsikan. Warganet yang menontonnya turut berasa seram apabila melihat wajah itu.

“OMG itu adalah muka budak! Kenapalah saya mesti nampak benda ni sebelum saya tidur?”. tulis seorang warganet.

Pun begitu, terdapat seorang warganet memberikan penjelasan dengan menyatakan bahawa dia tahu berkenaan wajah itu dan rumah itu.

Menurutnya, wajah tersebut adalah wajah daripada sebuah patung yang diletakkan di tepi tingkap berkenaan dengan tujuan untuk menjauhkan pelancong dari rumah terbabit.

Rebecca kemudiannya memuat naik satu lagi video susulan selepas melihat komen itu. Video susulan itu memaparkan kamera memfokuskan ke arah tingkap berkenaan dan secara jelasnya menunjukkan wajah patung terbabit.

@rebabeba

Reply to @aimelatinabeauty_ UPDATE!!!

♬ original sound – rebabeba

Walaupun ada yang berasa lega selepas mengetahui hal yang sebenarnya, namun ada juga yang berasa sebaliknya.

“Ya saya tidak akan tidur untuk malam ini,” tulis seorang warganet.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa