Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 8 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.05 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Kedah: (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).

Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Negeri Sembilan: (Jelebu)

Johor: (Mersing)

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa