Siakap Keli
penemuan artifak
Sumber: Muzium& Galeri Melaka

Artifak Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka & Rangka Dipercayai Milik Kapal Karam Ditemui Di Pulau Melaka

Kepingan syiling, serpihan tembikar dan kayu dipercayai sebahagian daripada bangkai kapal merupakan antara artifak yang ditemui berhampiran Pulau Melaka.

Dalam kemaskini Muzium & Galeri Melaka, pengamatan awal mendapati objek-objek berkenaan berkait dengan zaman Dinasti Ming yang menjalinkan hubungan dengan kerajaan Melaka pada abad 1500.

Antara yang dijumpai ialah matawang Sultan Mahmud Syah, pelbagai matawang Portugis dan Belanda (VOC).

Terdapat juga serpihan seramik terdiri daripada tembikar dan porselin yang mana dari pengamatan awal ia selari dengan peralatan dari Dinasti Ming.

Serpihan-serpihan kayu yang terdapat kesan terbakar juga menjadi tanda tanya. Kayu-kayu ini merupakan kayu-kayu keras dan besar, ada beberapa bahagian mempunyai tanggam.

Pihak kami mengandaikan ia adalah rangka kapal yang telah karam di kawasan Selat Melaka.

Walau bagaimanapun, kajian lanjutan sahaja yang dapat merungkai penemuan-penemuan ini.

Turut hadir meninjau lokasi penemuan artifak ialah Datuk Akramuddin Ab. Aziz, timbalan pengerusi PERZIM, Tuan Hj. Mesran Mohd Yusop, Pesuruhjaya Warisan dan Drs. Mohd Nasaruddin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.

Sumber: Muzium & Galeri Melaka

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.