Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Awas, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 dan 6 petang bagi negeri Sabah.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.05 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dilanda ribut petir/hujan lebat sehingga jam 5 petang ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar)

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut dan Setiu)

Bagi negeri Sabah pula, Jabatan Meteorologi menjangkakan ribut petir/hujan lebat akan dilanda sehingga 6 Petang.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangkakan:

Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran)

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dilanda ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa