Siakap Keli
Gambar: Detik News

Gara-Gara Keluar ‘Jalan-Jalan’ Dan Pulang Lewat, Remaja Berumur 15 Dan 12 Tahun Disatukan Sebagai Suami Isteri

Seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan telah dinikahkan kerana dipercayai telah pulang lewat ke rumah, lapor Detik News.

Kejadian yang berlaku di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia, telah tular di media sosial di negara itu sejak beberapa hari yang lalu.

Kisah pasangan tersebut yang berumur 15 dan 12 tahun itu bermula apabila ibu bapa remaja perempuan dikatakan tidak dapat menerima anaknya pulang lewat ke rumah setelah seharian keluar dengan kekasihnya.

Ketua kampung tersebut, mengesahkan kisah pasangan berkenaan. Kedua-dua pasangan kekasih itu keluar bersama pada tengah hari dan pulang sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.

“Saya sempat sarankan agar pasangan itu dipisahkan dahulu kerana mereka masih lagi bawah umur namun ibu bapa mereka tetap bertegas.

“Saya juga tidak menghadiri majlis perkahwinan walaupun saya telah berusaha sedaya upaya untuk mengelakkannya daripada berlaku,” jelas Ehsan.

Memetik laporan Detik News, remaja lelaki tersebut ketika dihubungi mengakui bahawa kanak-kanak perempuan  itu merupakan cinta pertamanya. Dia juga mengakui bahawa perkahwinan itu juga berdasarkan keinginannya.

“Tetapi saya juga ingin menikah dan tidak ada paksaan dari orang lain dengan mas kahwin Rp 2 juta (RM560),” jelasnya.

Sumber: Detik News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa