Siakap Keli

Ingkar Protokol Kesihatan, Polis Indonesia Arah Individu Tak Pakai Pelitup Muka Baca Yasin & Berdoa Agar COVID-19 Cepat Berakhir

CILEGON, INDONESIA: Polis mengadakan serbuan untuk menguatkuasakan protokol kesihatan di Cilegon, Banten.

Penduduk yang ditangkap tidak memakai pelitup muka dihukum dengan membaca Surah Yasin dan memanjat pokok.

“Jika hukuman push-up tidak memberi kesedaran kepada mereka yang melakukan kesalahan, kami meminta mereka untuk membaca surat Yasin, untuk apa? Berdoa agar wabak penularan Covid-19 ini segera berakhir”, kata Ketua Polis Cilegon.

“Sebelum ini terdapat 6 individu yang telah melanggar protokol kesihatan ini dan mereka dihukum untuk membaca surat Yasin, kemudian memanjat pokok”, katanya.

Individu yang dijatuhkan hukuman untuk memanjat pokok itu diminta untuk berjanji agar mereka tidak akan melanggar protokol kesihatan lagi.

Pihak polis akan terus melakukan rondaan di setiap kawasan demi untuk mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19.

Penduduk diminta untuk memakai pelitup muka ketika meninggalkan rumah mereka.

Sumber: Detiknews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.