Siakap Keli

Saiz Sebesar Sebuah Bas, Kajian Dapati Ikan Terbesar Dalam Laut Adalah Betina

Ikan terbesar di bumi adalah betina, menurut satu penyelidikan yang dijalankan. Kajian selama sepuluh tahun terhadap ikan hiu paus yang terancam telah menunjukkan bahawa mereka membesar dengan kadar yang berbeza bergantung kepada jenis jantina mereka.

Kajian tersebut yang diterbitkan di Frontiers di dalam Marine Science teah menggunakan sumber data bernilai puluhan tahun bagi mengenalpasti bagaimana ikan hiu paus jantan dan betina membesar.

Ikan jantan dikenal pasti dari spesies Rhincodon typus di mana merupakan ikan hidup terbesar yang diketahui di planet ini yang membesar dengan cepat.

Namun, tumbesaran mereka berhenti dengan panjang kira-kira lapan atau sembilan meter (29 kaki) ketika mereka mencapai kematangan seksual pada usia sekitar 30 tahun.

Ikan betina pula tumbuh dengan panjang kira-kira 14 meter (46 kaki) sebelum berhenti membesar.

Walau begitu, mereka tidak mencapai ukuran itu dengan cepat seperti ikan jantan yang membesar dengan cepat.

”Saiz tersebut benar-benar besar kira-kira ukuran sebesar bas di kota raya,” memetik kenyataan Dr Mark Meekan, penulis utama dalam kajian tersebut.

”Tetapi walaupun mereka besar, tumbesar mereka sangat perlahan di mana mereka hanya membesar sekitar 20cm atau 30cm setahun,” katanya.

Justeru itu ianya memerlukan tempoh yang sangat lama bagi jerung tersebut untuk mencapai ukuran maksimumnya.

Para penyelidik mengesan 54 hiu paus yang berbeza ketika mereka matang di lautan, kadang-kala memerhatikannya dan menggunakan corak unik mereka untuk mengenal pasti dan membezakan setiap dari mereka.

Walau bagimanapun, hasil penemuan ini sedikit mengejutkan para saintis dengan anggapan hiu paus tidak benar-benar mencapai had maksimum ukuran mereka kerana tumbesarn yang perlahan.

Sumber: Independent UK, bgr.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.