Siakap Keli

SPRM Lancar Portal Versi Bahasa Mandarin

PUTRAJAYA, 18 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal versi Bahasa Mandarin.

Memetik satu kenyataan, ia bertujuan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

“SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah.

“(Juga) di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Pelancarannya dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini hari ini.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/.

KENYATAAN MEDIA SPRMSPRM LANCAR PORTAL BAHASA MANDARINSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini secara…

Posted by SPRM on Thursday, 17 September 2020

Sumber: SPRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.