Siakap Keli

Tahukah Anda, Lukisan ‘Unik’ Ini Telah Dijual Pada Harga $43.8 Juta Pada Tahun 2013

Sebuah lukisan yang dilukis oleh pelukis abstrak dari New York iaitu Mendiang Barnett Newman telah dijual pada harga $43.8 juta (RM 181.3 juta – *tukaran wang semasa) pada tahun 2013. Lukisan yang diberi nama Onement Vi memiliki 8.5 kaki lebar dan 10 kaki tinggi ini adalah kanvas biru gelap dengan ‘zip’ rekaan tersendiri dari Newman.

Lukisan ini dilukis pada tahun 1953. Ini adalah karya terakhir Newman untuk siri lukisan Onement beliau. Empat daripada lukisan minyak atas kanvas ini telah dimiliki oleh sebuah muzium.

Lukisan ini pada mulanya dijangka dijual pada harga $30 juta sehingga $40 juta pada acara lelongan yang diadakan di New York. Sebelum dijual, lukisan ini dipamerkan di galeri-galeri termasuk Muzium Guggenheim di New York dan Contemporary Art Museum di Los Angeles.

Walaupun dipamerkan di galeri dan muzium, lukisan unik ini tetap dimiliki secara peribadi oleh seseorang yang dibelinya pada tahun 2000 untuk melengkapkan koleksi lukisan beliau.

Sumber: Daily Mail

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)