Siakap Keli

TERKINI: KKM Sahkan 95 Kes Baharu Termasuk 91 Kes Tempatan Dan Rekod Satu Kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 95 kes baharu jangkitan Covid-19 setakat hari ini. Jumlah tersebut merangkumi 91 kes tempatan dan hanya 4 kes import dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 10 147 kes positif yang dilaporkan di Malaysia.

Sementara itu, setakat hari ini 18 September 2020 KKM mencatatkan kes sembuh meningkat kepada 14 kes. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara kita meningkat kepada 9,264 kes. Jumlah kes aktif adalah 754 dan diikuti dengan 11 kes masih di rawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, Sabah terus catat kes tertinggi iaitu 91 kes antaranya 76 dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3).

Menerusi kenyataan di laman Twitter rasmi KKM juga mengesahkan bahawa terdapatan pertambahan kes kematian iaitu satu kematian yang dilaporkan di Sabah. Jumlah kumulatif kes kematian beralih kepada angka 129 kes.

Penerangan kes kematian ke -129.

Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian dapati positif Covid-19.

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang