Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Diculik Ketika Usia 2 Tahun, Ibu Bapa Sebak Bertemu Semula Anak Setelah Terpisah Hampir 4 Dekad

Sepasang suami isteri warga emas bertemu kembali dengan anak lelaki mereka yang telah lama hilang, 38 tahun selepas dia diculik.

Lelaki berusia 70 tahun dan isterinya dipercayai telah menghabiskan hampir empat dekad untuk berdoa bagi kepulangan anak mereka yang diculik pada usia dua tahun pada tahun 1982.

Gambar Via Daily Mail

Rakaman yang penuh emosi itu menyaksikan keluarga itu menangis kerana akhirnya mereka dapat saling berpelukan setelah polis mengesan anak lelaki itu dengan bantuan pangkalan data DNA kebangsaan.

Keluarga tersebut merupakan dari sebuah kampung terpencil di wilayah barat laut Cina Shaanxi yang hidup gembira dan sederhana sebelum semuanya musnah pada 12 Mei 1982.

Mengingat kembali kejadian tersebut, pintu rumah pada malam kejadian tidak dikunci kerana lelaki tersebut (bapa) telah keluar untuk mengunjungi saudara.

Gambar Via Daily Mail

Memikirkan dia akan pulang pada waktu malam, dia tidak mengunci pintu rumah sementara isteri dan dua anaknya sedang tidur.

Setelah itu, mereka tidak pernah lelah mencari anak mereka termasuk pergi ke bandar lain dengan harapan dapat mencari maklumat mengenai penculikan anaknya.

Gambar Via Daily Mail

Setelah hampir empat dekad, doa keluarga itu akhirnya terjawab ketika mereka diberitahu oleh polis pada Selasa lalu.

Setelah membandingkan sampel DNA dalam pengkalan data nasional, mereka telah berjaya menemui lelaki berusia 40 tahun.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa