Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Rakaman Dipercayai Ratusan Burung Mati ‘Bergelimpangan’ Cetuskan ‘Misteri’

Sejumlah burung dilaporkan telah dijumpai mati di beberapa negeri di Amerika barat, lapor Daily Star.

Video yang dikongsikan di media sosial itu memperlihatkan sebilangan besar burung yang mati di atas tanah di New Mexico dan negeri-negeri jiran.

Gambar Via Daily Star

Seorang pengguna Twitter yang memuatnaik video itu berkata bahawa dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.

Pun begitu, punca sebenar kematian semua burung tersebut masih belum diketahui dan ia sedang disiasat oleh pakar hidupan liar.

Pengkaji di New Mexico State University’s Department of Fish, Wildlife and Conservation Ecology, Professor Martha Desmond,  telah berkata bahawa jika tidak sejuta, kemungkinan sebanyak ratusan ribu burung yang telah terkorban.

Dia memberitahu saluran berita tempatan bahawa burung migrasi yang juga merupakan burung pemakan serangga merupakan spesies yang paling banyak terjejas dalam kejadian itu.

Memetik laporan Daily Star, Warblers, burung walet dan burung biru adalah tiga spesies yang biasa dijumpai di antara burung yang mati.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa