Siakap Keli
Gambar: Nesrin Shukorr

(Video)”Nak Tunggu Towing Lama Sangat,” Gadis Kongsi Ibunya Tolong Sapu Daun Di Hentian ‘Highway’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pengorbanan golongan ibu sememangnya sangat besar dan tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Disebabkan itu, setiap yang bernama anak perlu sentiasa menghargai mereka.

Seperti yang diketahui, golongan ibu akan sentiasa menguruskan rumah serta segala keperluan anak-anak. Tanpa mengenal erti penat lelah, mereka tetap akan melakukan yang terbaik.

Melalui perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, dapat dilihat bahawa peranan golongan ibu bukan sahaja termaktub di dalam rumah namun di mana-mana sahaja jika perlu.

Nesrin Shukorr berkongsi video ibunya yang sedang menyapu daun-daun di hentian lebuh raya. Menurut Nesrin, pada awalnya kereta yang dinaiki oleh mereka rosak dan terpaksa menunggu towing dalam tempoh yang agak lama.

Disebabkan terlalu bosan dan tidak boleh duduk diam, ibunya bertindak menyapu sampah sekaligus membantu seorang tukang sapu di hentian tersebut.

Mama jenis yang tak boleh nak duduk diam

Selain itu, Nesrin Shukorr turut berterima kasih kepada sesiapa yang membantu mereka ketika mereka berada di sana.

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-ratanya kagum dengan ibu Nesrin dan berkongsi mengenai sikap  sama yang ditunjukkan oleh ibu masing-masing.

Sumber: NesrinShukorr

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa