Siakap Keli

Amerika Syarikat Rancang Bakal Sekat Aplikasi TikTok Dan WeChat Mulai Ahad Ini

Amerika Syarikat telah merancang untuk menyekat penggunaan aplikasi iaitu WeChat dan TikTok  atas permintaan Presiden Trump mulai 20 September 2020 ini.

Menurut Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengumumkan kepada penduduk negara tersebut bahawa aplikasi tersebut diharamkan untuk memuat turun di App Store dan Google Play Store mulai tarikh yang dirancang tersebut.

Walaupun pengguna telah berjaya memuat turun aplikasi tersebut tetapi akan terus disekat perisiannya. Ini bermakna versi aplikasi tersebut akan dibaharui.

Menurut Setiausaha Jabatan Perdagangan tersebut memaklumkan bahawa, para pengguna di negara tersebut akan mengalami masalah untuk membuka dua aplikasi tersebut pada malam tarikh tersebut.

Sekatan secara meluas kepada Aplikasi WeChat bermula 20 September ini dan iikuti dengan aplikasi Tiktok pada 12 November 2020 ini. Namun, sekatan yang selanjutnya akan diberitahu kelak termasuk menyekat aplikasi yang lain.

“Tindakan tersebut adalah untuk Presiden Trump membuktikan bahawa beliau dapat menjaga dan menjamin keselamtan negeranya daripada dipelopori oleh Parti Komunis.”

 

Sumber: CNN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang