Siakap Keli
Gambar Via dacinipotato/Dr. Zulkifli

“Penghormatan Besar Buat Saya,” Pelajar India Cemerlang Subjek Tasawwur Islam ‘Teruja’ Bertemu Menteri Agama

Bukan mudah bagi seseorang untuk mendalami sesuatu yang berbeza dari kepercayaan namun atas minat dan usaha yang berterusan, ia pasti akan dapat dilakukan dengan mudah.

Seperti seorang pelajar yang telah tular di laman Twitter beberapa hari yang lalu, Dharshini, yang berkongsi mengenai keputusan ujian penilaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui perkongsian itu, Dharshini telah mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek Tasawwur Islam dan dipuji oleh warga net.

Mengambil subjek itu sebagai elektif untuk menduduki SPM pada tahun hadapan, Dharshini dipuji kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang walaupun berlainan agama.

Bukan itu sahaja, usaha pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Setapak, itu juga telah mendapat perhatian dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi perkongsian Dr. Zulkifli, beliau telah bertemu dengan Dharshini di sekolah pelajar itu dan menyampaikan sedikit sumbangan bukan sahaja kepada Dharshini malah kepada ibunya dan pihak sekolah juga.

Menurut Dr. Zulkifli, Dharshini juga menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dharshini terharu dapat bertemu dengan Dr. Zulkifli dan berkata bahawa ia merupakan satu penghormatan besar baginya kerana dapat berjumpa dengan menteri itu.

Sumber: Dacinipotato, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa