Gambar: Mirror

Sempat ‘Upload’ Gambar Di Media Sosial, Dua Remaja Maut Dipercayai Selepas Ambil ‘Selfie’ Di Air Terjun 100 Kaki

Dua sekawan maut selepas asyik mengambil gambar ‘selfie’ di air terjun dari ketinggian 30 meter di Brazil, lapor Mirror.

Remaja 19 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima bantuan kecemasan daripada pasukan paramedik sementara remaja berusia 18 tahun, dinyatakan maut di tempat kejadian ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Menurut Mirror, kedua mereka telah terbunuh selepas terjatuh dari air terjun yang tinggi itu bersama.

Salah seorang remaja itu tergelincir ketika sedang berjalan di puncak air terjun tersebut. Seorang lagi daripadanya telah menghulurkan bantuan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh dari puncak air terjun itu.

Monique telah dibawa keluar menggunakan helikopter yang mendarat di kawasan berdekatan agar rawatan kecemasan dapat dilakukan.

Pun begitu, remaja tersebut dilaporkan meninggal dunia sebelum dia sempat sampai ke hospital, lapor Mirror.

Kedua-dua remaja berkenaan telah dikebumikan pada hari Isnin petang di tanah kelahiran mereka di Lages, Brazil.

Mereka sempat memuat naik gambar di media sosial dari tempat kejadian sebelum tragedi itu berlaku, lapor Mirror.

Gambar: Mirror

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my