Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Iaitu Kluster Bakau

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang dikesan di Sabah.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster baharu tersebut adalah kluster Bakau dan ianya dikesan dikenalpasti di Semporna, Sabah.

KLUSTER BAKAU

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster ini adalah seorang perempuan warganegara Filipina (iaitu kes ke-10145) yang merupakan kes kematian ke-129 yang telah dilaporkan pada 18 September 2020. Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 16 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bakau dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara Filipina. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 19 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 109 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) dikesan positif COVID-19; dan
  • 106 individu menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa