Siakap Keli
Gambar: Bernama

Awas, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Kebanyakan Negeri Sehingga Jam 7 Malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang dan beberapa kawasan sehingga 7 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3:35 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Kedah: (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Perak:  (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Muallim)

Kelantan: (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah)

Pahang: (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera)

Selangor: (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)

W.P Kuala Lumpur

W.P Putrajaya

Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol)

Melaka

Johor: (Tangkak dan Muar)

Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh)

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)

Bagi kawasan yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini pula ialah:

Perak: (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang)

Kelantan: (Kuala Krai dan Gua Musang)

Terengganu: (Dungun dan Kemaman)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Negeri Sembilan: (Tampin)

Johor: (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian)

Orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa