Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 52 kes positif Covid-19 telah dicatat pada hari ini.
Menurut satu ciapan yang dibuat oleh akaun rasmi Twitter KKM, daripada 52 kes baharu itu, sebanyak 40 kes merupakan kes tempatan manakala 12 lagi adalah kes import.
52 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 10,219. Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 734 kes.
Dalam pada itu juga, KKM turut memaklumkan bahawa Sabah mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini dengan 36 kes termasuk 27 daripada Kluster Benteng LD.
Terkini: 20 Sept. Sebanyak 5⃣2⃣ kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 40 kes tempatan dan 12 import.
Kes tertinggi di Sabah dengan 36 kes termasuk 27 dari Kluster Benteng LD.
Di Pulau Pinang pula terdapat kluster baharu, Kluster Ara.
Tiada kematian baharu hari ini.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 20, 2020
Selain daripada itu, jumlah kes discaj yang telah pulih sepenuhnya pada hari ini adalah sebanyak 40 kes. Keseluruhan jumlah kumulatif bagi kes discaj turut meningkat kepada 9,355 kes.
KKM juga turut melaporkan seramai 10 kes sedang dirawat di ICU. Daripada jumlah itu, sebanyak 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Status terkini COVID-19 setakat 20 September 2020Jumlah discaj baru: 40Jumlah kumulatif discaj: 9355 (91.55%)Jumlah…
Posted by Hisham Abdullah on Sunday, 20 September 2020
KKM juga memaklumkan bahawa tiada kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini.
Justeru, kes kematian yang berkaitan dengan Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 130 kes atau bersamaan dengan 1.27% secara keseluruhannya.
Terkini #COVID19Malaysia 20 Sept 2020
Kes sembuh= 40
Jumlah kes sembuh= 9,355
Kes positif= 52
(kes import=12, kes tempatan=40)
Jumlah positif= 10,219
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 130
Kes dirawat di ICU= 10
Bantuan Alat Pernafasan= 2 pic.twitter.com/0O3mQUSHaF— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 20, 2020
Sumber: KKM