Siakap Keli

Terkini: Lagi Kejadian Kereta Remuk Ditimpa Sesuatu Objek Di Lebuhraya SUKE

Terkini, sedang tular di media sosial gambar sebuah kereta dilihat remuk dikatakan ditimpa sesuatu objek berat di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) sebentar tadi.

Menerusi posting Twitter BernamaTV, pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memberitahu bahawa kejadian terbabit tiada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) kerana kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara sejak semalam.

Kejadian difahamkan berlaku sebentar tadi berdekatan Taman Len Seng, Cheras dan pihak polis masih menyiasat di tempat kejadian.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber; BernamaTV

Nur Farra