(Video) Rakaman Lori Dipercayai ‘Tergelincir’ Sebelum ‘Parkir’ Dengan Sempurna Tarik Perhatian

Dengan keadaan cuaca yang sering hujan pada ketika ini, orang ramai perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Seperti rakaman yang dikongsikan oleh lelaki dari Vietnam ini yang telah meraih sebanyak 39 ribu shares dan 1.6 juta tontonan yang memperlihatkan bahaya memandu di jalan licin yang dibasahi air hujan.

Menerusi video yang dimuatnaik di Facebook itu, dapat disaksikan sebuah lori melalui sebuah jalan yang basah dan licin.

Secara tiba-tiba, lori tersebut dilihat seakan terbabas dan menuju ke arah laluan yang bertentangan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah lori yang berpusing itu berjaya berhenti dalam keadaan yang baik seakan masuk parking di sebuah kawasan seakan gudang barang.

Rata-rata warganet juga menyuarakan keterujaan mereka melihat kejadian itu.

Ngày mưa mọi người đi cẩn thận nhé…ngay cửa xưởng em..!!!

Posted by Lưới Thép Huy Chu on Saturday, 19 September 2020

Sumber: Lưới Thép Huy Chu

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my