Siakap Keli
lori maut rempuh gerai
Gambar: Facebook/NorSham Haidi

Pemandu Maut, Lori Rempuh Perhentian Bas & Gerai Makanan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah perhentian bas dan gerai makanan pada 12 tengah hari dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shariat berkata insiden itu berlaku semasa pemandu dipercayai dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Batu Sembilan.

“Mangsa cuba mengelak sebuah lori lain yang diparkir di tepi jalan di Kampung Melaka, Hulu Langat di sini namun gagal hilang kawalan ke atas kenderaan dipandunya yang kemudian merempuh sebuah perhentian bas dan gerai makanan berhampiran,” katanya sambil menambah mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa mungkin kehilangan upaya ketika memandu yang mungkin menjadi punca dia hilang kawalan ke atas lorinya.

Beliau berkata bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang.

Azman berkata kedua-dua lori termasuk yang diparkir di tepi jalan kini berada di Balai Polis Trafik Kajang untuk pemeriksaan Puspakom.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.