Siakap Keli
FOTO: AFFAN ZANILA

Penyelam Ini Temui Bangkai Ikan Yu ‘Masih Segar’ Di Dasar Laut Pulau Tioman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan kebanyakan orang sekarang lebih gemar untuk mencipta satu pengalaman baru yang lain dari yang lain yang lebih menyeronokkan. Ye lah, waktu ‘darah muda’ ni lah masa yang sesuai untuk kita kumpul pengalaman kan?

Salah satu benda yang ada dalam ‘bucket list’ korang adalah selam skuba (scuba diving). Ya, dalam selam skuba inilah masa korang untuk lihat kehidupan laut dengan lebih dekat lagi.

Apa yang lebih menarik lagi apabila korang terjumpa dengan kehidupan diluar jangkaan kita seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang tenaga pengajar selam skuba ini di laman Twitternya tentang penemuan bangkai seekor ikan Yu atau namanya Blacktip Reef Shark di dasar laut Pulau Tioman.

FOTO: AFFAN ZANILA

“Have you ever seen a dead shark underwater before? Here’s one found in Tioman while I was diving. Hopefully it’s dead due to natural reason.”

When sharks die, they sink due to absence of swimming bladder. So Tioman lost one of her apex predator today, and a natural heritage.

Penyelam ini dikenali sebagai Affan Zanila berharap kematian haiwan ini atas alasan semulajadi. Apa yang lebih menyedihkan, apabila seekor ikan Yu mati, maka akan hilangkan satu pemangsa dalam ekosistem lautan di negara kita.

Lelaki ini juga kongsi fakta menarik tentang ikan ini iaitu korang kena tahu bahawa, haiwan ini akan tenggelam ke dasar apabila mereka telah mati. Lebih menarik lagi, ikan Yu jenis Blacktip Reef Shark sangat popular di perairan Malaysia.

FOTO: AFFAN ZANILA

Tambahnya lagi, bangkai tersebut dijumpainya semalam seakan-akan masih ‘fresh’, ini bermaksud bangkai tersebut baru mati. Jika bangkai tersebut telah lama, kemungkinan besar mata tidak ada dan beberapa bahagian lain mungkin dimakan oleh ikan-ikan lain.

Namun, kematian ikan ini bukanlah dari keganasan manusia kerana anggota badannya masih lengkap dan tiada kesan luka atau kesan terbelit dengan tali atau pukat.

Ada juga yang bertanya, haiwan ini tak beri ancaman kepada manusia ke? Jawapannya, tidak.

“Sekiranya berbahaya, mungkin saya akan mati kerana serangan ikan ini. Tetapi saya masih di sini, masi menyelam dan masih mengajar orang lain menyelam serta mendidik orang ramai mengenai warisan lautan di Malaysia. “

Untuk pengetahuan korang, ikan Yu ini adalah haiwan yang lembut. Ini adalah perkara yang paling penting untuk korang belajar tentang kehidupan lautan dalam.

Manusia merupakan ancaman yang besar untuk habitat haiwan ini, tambah-tambah lagi ancaman dari nelayan sejak bertahun-tahun di seluruh dunia.

Nasihatnya kepada orang ramai agar berhenti membeli spesis ikan ini di pasar kerana yang dijual di pasar merupakan anak-anak ikan Yu spesis ini.

Sumber: Twitter Affan Zanila

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang