Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Nak Bantu Padam Akaun Instagram Ahli Keluarga Yang Dah Meninggal Dunia

Apabila seseorang indvidu meninggal dunia, media sosial seperti akaun Instagram dan Facebook masih lagi aktif selagi tidak dipadam oleh pasangan mereka, ahli keluarga mahupun rakan terdekat.

Ianya terpulang kepada waris kerana ada yang akan membiarkan sahaja akauan Instagram arwah/simati tersebut terus aktif sebagai kenangan untuk ditatap oleh mereka yang ditinggalkan.

Namun, kadang-kala sesetengah waris mahu akaun tersebut untuk dipadam mungkin kerana terdapat gambar yang tidak sesuai untuk ditayangkan, tetapi tidak mengetahui cara untuk memadamnya.

Sebenarnya, terdapat cara yang mudah untuk memadam akaun Instagram tersebut namun laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja kerana anda perlu memuatnaik maklumat berkaitan simati.

Menerusi link berkenaan, anda hanya perlu mengisi maklumat ringkas seperti di bawah.

Sebagai bukti waris terdekat atau keluarga, anda perlu memuatnaik dokumen seperti sjil kematian, sijil lahir atau apa sahaja bukti yang menunjukkan anda mempunyai kaitan dengan simati.

Bagi media sosial Facebook pula, anda boleh mengikut panduan seperti yang dikongikan oleh seorang pengguna Twitter ini.

Sumber: Twitter @Qveenfatin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.