Siakap Keli
Gambar: Google

Rendah Kalori & Bebas Lemak, ‘Rahsia’ Khasiat Setiap Jenis Bawang Ramai Tak Tahu

Dalam aktiviti memasak setiap hari, bahan paling asas yang biasa digunakan kebanyakan orang adalah bawang.

Lebih-lebih lagi bagi orang Malaysia, bawang adalah rencah utama dalam menumis masakan, pewangi, penambah rasa dan banyak lagi.

Namun tahukah anda, bawang sebenarnya terdapat pelbagai manfaat berguna untuk kesihatan kita, salah satunya adalah nilai kalorinya yang rendah.

Mari baca perkongsian oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah ini.

Gambar: Google

Ada apa dengan bawang?

Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasaran, antaranya bawang merah, bawang besar, bawang putih, bawang kuning dan sebagainya.

Bawang merupakan daripada Genus Allium dengan pelbagai spesis berbeza iaitu Allium Cepa, Allium Sativa dan sebagainya.

Ia sering digunakan dalam penyediaan makanan sama ada sebagai sayur atau perencah, atau penambah rasa semulajadi dalam masakan.

Kandungan nutrisi beberapa jenis bawang

Nilai nutrisi untuk 100 gram bawang besar (Allium Cepa) adalah 53 kalori, membuatkan ia bukan sahaja merupakan makanan rendah kalori malah secara semulajadi ia juga bebas lemak.

Di samping itu, bawang besar juga mengandungi vitamin C (8.4 miligram), potassium (11 miligram) dan serat (0.6 gram).

Nilai nutrisi untuk 100 gram bawang merah (Allium Fistulosum) adalah 62 kalori.

Selain itu, bawang kecil mengandungi vitamin C (12.4 miligram), potassium (279 miligram) dan serat (0.6 gram).

Nilai nutrisi untuk bawang putih (Allium Sativum) pula adalah 159 kalori.

Bawang putih juga merupakan sumber vitamin C (13.3 miligram), potassium (329 miligram) dan serat (0.8 gram).

Gambar: Bahagian Pemakanan KKM

Selain itu, bawang juga mempunyai sebatian organik seperti flavonoid dan organosulfur yang merupakan antioksidan.

Antara antioksidan yang terdapat di dalam bawang adalah anthocyanin dan quercetin.

Anthocyanins memberi kesan warna ungu/merah dan quercetin memberikan warna kuning/coklat pada bawang.

Sulfur yang terdapat pada bawang pula memberi kesan rasa dan bau kepada bawang tersebut terutama apabila dihiris.

Selain memberikan rasa enak kepada hidangan dan masakan, pengambilan bawang dalam pemakanan harian juga membantu menyumbang kepada keperluan nutrisi badan kita setiap hari.

Rujukan di Malaysian Food Composition Database (MyFCD)

#bawang
#onions
#nutrisi
#infopemakanan
#NutrisionistKKM

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.