Siakap Keli

TERKINI: 57 Kes Covid-19 Dilaporkan Hari Ini Dengan Satu Kluster Baharu Iaitu Kluster Kuaters Di Tongod, Sabah

Sebanyak 57 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini setakat Isnin (21 September 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 57 kes baharu, 51 kes adalah kes tempatan dan enam (6) kes adalah kes import.

Sabah mencatatkan kes tertinggi di mana 49 kes antaranya melibatkan Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).

Selain itu, terdapat satu kluster baharu yang dikenalpasti di negeri berkenaan iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Tiada kematian baharu dilaporkan.

Sumber: KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.