Siakap Keli
Gambar: Google

Awas, “Silent Treatment” Berisiko Jadi ‘Pembunuh’ Senyap Rumahtangga

Dalam hubungan rumahtangga, berlaku sedikit salah faham mahupun perbalahan adalah perkara biasa, ianya tidak mustahil.

Namun, bagaimana kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut adalah perkara penting yang perlu difahami.

Silap langkah, boleh jadi konflik itu semakin berlarutan dan membawa kepada pertelingkahan yang besar.

Ada juga pasangan yang mengambil langkah ‘pintas’ untuk menghentikan masalah, iaitu dengan berdiam diri atau disebut sebagai silent treatment.

Namun, adakah kaedah ini dibolehkan? bermanfaat atau lebih mengeruhkan keadaan?

Mari ikuti perkongsian oleh Imam Muda Hassan yang ditulis di Facebooknya seperti di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Silent Treatment (ST) adalah pembunuh senyap dalam rumahtangga

ST adalah suatu tindakan yang diambil oleh seseorang dengan mendiamkan diri daripada berbicara dan bersikap dingin dengan pasangan, bertujuan sebagai hukuman kepada pasangan dan rasa kesal dengan tindakannya yang mengguris hati.

Adakah ianya tindakan yang betul?

Mungkin kita merasakan ianya betul dan tepat, tapi dalam masa yang sama kita telah menyiram racun dalam rumahtangga tanpa kita sedar.

Ciri-ciri Silent Treatment:-

1- Menolak untuk berbicara, melakukan kontak mata, menjawab panggilan atau memblas mesej daripada pasangan

2- Bersikap acuh tak acuh dengan pasangan

3- Menggunakan kemarahan dan permusuhan untuk membuat pasangan diam

4- Bersikap dingin berhari-hari atau bahkan sampai berminggu-minggu lamanya

5- Menjadikan ‘diam’ sebagai solusi bagi menyelesaikan sesuatu masalah

ST ini boleh dikategorikan sebagai tindakan abusive yang boleh mengakibatkan kepada penyakit mental terhadap pasangan.

Nabi SAW pun mengajarkan kita supaya elakkan untuk tidak bercakap dengan saudara kita lebih dari tiga hari, apatah lagi dengan pasangan, kerana ia akan membawa kepada permusuhan dan rosaknya hati.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Sedikit tips yang dapat dilakukan agar ST dapat ditangani segera:-

1- Kirimkan bunga ke tempat kerja pasangan

2- Memulakan komunikasi dengan humor atau yang menyeronokkan

3- Bila berlakunya konflik, jangan diam! Cepat-cepat ajak pasangan keluar makan malam atau lakukan aktiviti hobi bersama sambil berbincang masalah yang dihadapi.

Ingat! Silent Treatment ini bakal mengundang kepada Silent Killer jika tidak diubati dengan segera.

Hassan Adli
Say No To Silent Treatment!
#jiwatenang

Jemput join telegram https://t.me/ustazKRT untuk tips suami isteri.

Sumber: Imam Muda Hassan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.