Siakap Keli
FOTO: KELSS

“Doakan Anak Makcik Ya,” Abang Amran Terlantar Lumpuh Sejak 2 Tahun Lalu Perlukan Bantuan RM 4,735

Kasih ibu sehingga syurga. Itulah ungkapan pada seorang ibu yang menjaga anaknya yang lumpuh walaupun sudah lanjut usia. Ibu mana yang nak lihat anaknya dalam kesusahan.

Seperti kisah yang dikongsikan daripada Facebook rasmi Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial tentang Abang Amran yang terlantar lumpuh sejak dua tahun lalu dijaga oleh ibunya yang sudah lanjut usia.

Jadi, bagi meringankan beban keluarga ini, sama-samalah kita membantu mereka dari segi kewangan. Menurut perkongsian ini, kos rawatan abang Amran mencecah RM 1200 sebulan. Walaupun menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ianya tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga.

Bismillahirahmanirahim..Kami dengan ini melancarkan tabung kilat untuk abang Amran Jusoh yang terlantar sejak lebih 2 tahun lalu.

Tabung ini dilancarkan bertujuan mengumpul dana untuk diserahkan dalam bentuk berikut;

1) bekalan susu khas ‘Ensure Gold Vanilla 850g’12 tin sebulan x 3 bulan x RM88 = RM3,168
2) bekalan lampin Tena 10 pek sebulan x 3 bulan x RM18.90 = RM567
3) bantuan kewangan RM1,000

Jumlah Sasaran: RM4,735

Amran anak sulong dari dua beradik itu kini dijaga oleh ibunya Pesoh Awang Hamat seorang ibu tunggal warga emas yang mengidap darah tinggi serta adik perempuannya yang telah berumahtangga.

Menurut adiknya berikutan kekangan kewangan hanya susu yang lebih murah dibeli untuk diberikan kepada abangnya yang terlantar itu walaupun pihak perubatan menyarankan susu khas.

Amran bekas seorang Siak di sebuah masjid di daerah Kota Bharu itu , kini hanya bergantung sepenuhnya pada susu yang disalurkan melalui tiub yang dipasang pada hidungnya.

Beliau yang berdepan dengan kos keperluan khas mencecah RM1200 sebulan termasuk kos susu dan lampin itu turut menerima bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM350.

Terdahulu Amran menerima kunjungan kru kami melalui lawatan awal beberapa hari lalu (19 September) dan menerima sedikit sumbangan lampin dewasa di rumah ibunya di Kg Pendek, Kota Bharu, Kelantan.

TABUNG KILAT – ABANG AMRAN
Sasaran: RM4,735

Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi membantu Amran, boleh salurkan sumbangan melalui akaun rasmi kami,
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

** Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial merupakan kelab sukarelawan NGO yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**

Sumber: KELSS

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang