Siakap Keli

Elak Ditipu, ‘Personal Shopper’ Ini Kongsikan 6 Tips Dan Cara Kenal Beg Ori Atau Fake

Sebut sahaja personal shopper (PS) atau ‘pembeli peribadi’, ramai yang kenal dengan tugas mereka untuk membelikan pelbagai barangan berjenama terutamanya beg tangan terus dari luar negara untuk pelanggan.

Tetapi,  mungkin ada juga segelintir yang tertipu atau langsung tidak mengetahui beg yang sampai ke tangan mereka bukanlah original sebaliknya tiruan. Dah bayar mahal, dapat pula beg FAKE, siapa yang tak frust betul tak!

Oleh itu pentingnya untuk korang semak 6 tips berguna cara untuk kenal beg original atau tiruan berdasarkan pengalaman peribadi yang ditulis sendiri oleh PS terkenal dan berpengalaman, Puan Nor Rafidah Khairuddin dari Sellection.com ini.

1. Zip

Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL &  Cursive C (berbentuk lingkaran) rujuk gambar. Berikut adalah 3 jeniz zip yang digunakan pada tahun 2020.

Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL &  Cursive C. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti berikut.

Perbezaan handbag original & fake dari segi zip

Lihat dua gambar original di atas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas dan kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat. Coach menggunakan zip YKK atau IDEAL untuk beg tangan dan produk mereka.

Lihat tiga gambar fake yang di bawahnya. Cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (huruf kelihatan gemuk dan herot).

2. Butang

Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar di bawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.

Perbezaan butang original dan fake untuk model handbag Minetta Satchel pada tahun 2017

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, butang beg tangan Coach mempunyai bulatan kecil di tengah dan terdapat tulisan ‘’USA PAT-SERIAL NUMBER-COMAG’’ (Standard Stamping) yang kemas dan jelas.

Lihat dua gambar FAKE di bawah, tiada butang di tengah dan tulisan yang jelas bukan ‘authentic’.

3. Font & Tulisan

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil.

Lihat dua gambar FAKE di bawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak huruf tidak kemas, berlapis, sekadar mencetak dan tidak jelas langsung.

Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada ratai dan zip beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.

4. Rantai & Pemegang Kulit Handbag

Lihat pada gambar ORIGINAL di sebelah kanan, pemegang beg tangan disalut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding gambar FAKE di sebelah kiri, boleh dilihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.

Coach hardware juga adalah daripada material berkualiti tinggi. Ianya tidak akan pudar ataupun terhakis untuk jangka masa yang panjang. Warna hardware mungkin berlainan mengikut model handbag.

Kedua-dua beg ini adalah jenis model yang sama iaitu Satchel Minetta. Jika dilihat pada pemegang beg ORIGINAL (merah), permukaan kulitnya sedikit timbul berbanding beg FAKE (putih) yang permukaan kulitnya flat sahaja.

Kualiti jahitan pada kesemua beg tangan dan produk Coach yang original sentiasa terjaga, rapi dan kemas. Jarang sekali untuk berlaku jahitan berganda ataupun benang terkeluar.

5. Logo

Pedati Kuda

Logo Coach yang original telah menampakkan transformasi hampir setiap tahun. Terdapat sedikit evolusi pada bentuk pedati kuda. Boleh rujuk gambar yang dikongsikan.

Selain daripada logo pedati kuda, Coach juga mempunyai variasi logo yang berbeza mengikut model barangan kulit yang mereka keluarkan. Yang pasti, untuk melihat logo original, kita boleh lihat secara dekat pada logo pedati kuda, huruf coach.

Gambar logo original adalah seperti di bawah dari tahun 2015 hingga tahun 2020:

Gambar di bawah ialah variasi logo Coach sehingga tahun 2020. Model logo untuk koleksi wanita & lelaki:

Perbezaan logo original & fake pada tahun 2017

Anda akan dapat membezakan gambar ORIGINAL di atas dan gambar FAKE di bawahnya dengan dua faktor berikut:

1. Logo tulisan COACH: Anda akan nampak perbezaan dari segi kemasan font. Setiap huruf C.O.A.C.H adalah konsisten saiznya. Berbanding dengan FAKE, anda dapat lihat di huruf A sedikit senget dan nampak hampir sama tetapi jelas berbeza.

2. Logo lambang KERETA KUDA: Untuk logo ORIGINAL, anda akan nampak perbezaan tentang perincian pada bentuk pedati dan kereta kuda. Malah kaki kuda pun akan kelihatan dengan jelas.

Berbanding logo FAKE, sekadar bentuk sahaja tetapi tidak rapi perinciannya. Jika dilihat sepintas lalu, mungkin ramai yang tidak perasan tetapi jika dilihat secara dekat, jelas nampak bezanya!

6. Kemasan Jahitan & Bentuk Kulit

Gambar di atas ialah beg tangan ORIGINAL. Jika dibandingkan dengan beg ORIGINAL (merah) di sebelah kiri bawah, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya yang sedikit runcing ke bawah. Berbanding beg FAKE (putih) di sebelah kanan bawah, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.

Sekarang banyak sindiket penipuan barangan berjenama untuk mengaut untung dengan menipu pelanggan dengan claim ORIGINAL sedangkan beg yang dijual adalah FAKE.

So, harap tips ni membantu korang dari tertipu! Sebelum beli korang kena buat research dan pilih personal shopper yang trusted dan berpengalaman lebih-lebih lagi kalau nak beli secara online!

Puan Rafidah, 6 tahun sebagai Personal Shopper barangan berjenama ORIGINAL!

Kalau korang nak tahu, yang menulis tips ini ialah Puan Nor Rafidah Khairuddin  iaitu seorang PS yang sangat berpengalaman menjual barangan berjenama, berkualiti dan ORIGINAL terus dari luar negara sejak tahun 2014!

Dia merupakan seorang trusted seller dan pernah dijemput untuk ditemu bual secara langsung di Malaysia Hari Ini TV3, Selamat Pagi Malaysia & Tumit Tinggi TV1,  Freshbrew TV2 dan Majalah Hijabista untuk berkongsi cerita tentang pengalamannya sebagai Personal Shopper.

Fuhh, bukan biasa-biasa! Yelah, kalau nak share tips mestilah seseorang yang ada ilmu baru lah korang pun yakin nak baca dan share pada orang lain.

Pada mulanya, Puan Rafidah yang tinggal di Kanada bersama suami sebelum ini, menjadi PS kecil-kecilan dengan mengambil pre-order dan pergi sendiri ke outlet dan butik berjenama terkenal untuk mendapatkan koleksi beg terbaru dengan harga yang jauh menjimatkan untuk rakyat Malaysia.

Dari Personal Shopper kepada pemilik Butik Sellection, barangan berjenama UP-TO-DATE terus dari Amerika Syarikat

Bayangkan dari Kanada, dia juga ke Amerika Syarikat, Paris dan Itali untuk mendapat koleksi yang up-to-date sebelum timbulnya idea untuk membuka butik di Malaysia pada tahun 2017.

Bermula dengan hanya  business online di Facebook Page, Puan Rafidah akhirnya telah membuka Butik Sellection yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur secara rasminya pada tahun 2018.

Paling membanggakan, Butik Sellection sekarang pula sudah dinaik taraf menjadi Online Premium Outlet yang pertama di Malaysia pada tahun 2020. Memang power!

Dekat butik ni korang boleh dapatkan pelbagai barangan berjenama UP-TO-DATE yang dibeli terus dari Amerika Syarikat dan Benua Eropah untuk koleksi lelaki dan perempuan seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil, Ralph Lauren secara READY STOCK. Kalau nak tempah pun boleh!

Pilih je dari beg tangan, dompet, jam, tali pinggang, cermin mata, topi, aksesori wanita, baju. Paling penting tak rasa was-was sebab semuanya ORIGINAL ye!

Team Sellection yang berada di luar negara akan beli di sana dan hantar semua barang tersebut ke Butik Sellection untuk korang datang dan pilih sendiri sampai puas hati.

Kalau tak tahu nak pilih yang mana, PS Rafidah yang friendly akan bantu korang pilih beg mana yang sesuai ikut kegunaan harian, saiz badan korang dan event yang korang nak pergi. Memang best!

Jom serbu Butik Sellection untuk pilih beg berjenama korang sekarang juga!

So tunggu apa lagi, mana yang dekat korang boleh terus datang untuk shopping dan cuci mata. Setiap hari buka tau!

Mana mana yang jauh korang boleh shopping online di laman web Sellection.com atau layari sahaja Instagram @sellectioncom dan Facebook Page ”Branded Handbags by Rafidah.

Jangan lupa kongsikan tips kami kepada ahli keluarga dan rakan-rakan korang supaya tak kena tipu dengan PS yang fake!

Butik Sellection            

Alamat: No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati Setapak, 53300, Kuala Lumpur

No. telefon: 03-41420000

Waktu operasi: 10 Pagi – 7 Malam

Website: www.sellection.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.