Siakap Keli
babi hutan kejar cheetah
Gambar: Google/Daily Mail

(Video) Luar Biasa, Rakaman Babi Hutan Kejar Semula Cheetah Yang Cuba Membahamnya

Bila dalam keadaan terdesak, kadangkala kita boleh lakukan apa yang tak dijangka. Berlari laju, lompat jauh, panjat pagar, mungkin semuanya kita boleh buat dengan tiba-tiba jika dalam situasi berbahaya.

Inilah yang dilakukan seekor babi hutan yang mengejar semula pemangsa yang cuba membahamnya.

Aksi haiwan ini mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan 7.3 ribu tanda suka oleh warga maya yang kagum dan terpana melihat kedua-duanya. Siapa sangka, cheetah yang mampu berlari sekitar 80 hingga 100 km/j boleh dikejar haiwan buruannya.

Berdasarkan video dikongsikan Science is Amazing, kelihatan seekor cheetah mengejar seekor haiwan dipercayai babi hutan.

Namun secara tiba-tiba, babi hutan yang bertaring itu memperlahankan larian, hingga pemangsa itu terlajak di hadapannya. Mengambil peluang yang jarang berlaku, haiwan ini cuba menyondol cheetah berkenaan yang kemudiannya lari lintang pukang menyelamatkan diri.

Situasi serupa turut pernah dirakamkan beberapa kali sebelum ini di mana cheetah dikejar babi hutan yang mampu berlari pada kelajuan 30 batu perjam (bersamaan 48 km/j).

Ia juga pernah berlaku di Tshukudu Private Game Reserve, Afrika Selatan.

Kongsi jurugambar hidupan liar, Stu Porter, 36, seekor cheetah mengintip seekor babi hutan betina sebelum cuba membahamnya.

Pun begitu, dalam tempoh beberapa saat, segalanya berubah apabila mangsa berkenaan membuat pusingan U dan mengejar cheetah berkenaan.

“Babi hutan ini merupakan musuh yang hebat dan ia terus mengejarnya hingga berlari jauh dengan taring yang hampir menusuk pemangsa berkenaan.

“Akhirnya, cheetah berundur dan babi hutan melarikan diri dalam arah bertentangan. Lucu melihat pertukaran watak itu, dan bunyi dari babi hutan berkenaan menambahkan lagi kelucuan situasi berkenaan,” katanya.

Kredit: Daily Mail/Stu Porter
Kredit: Daily Mail/Stu Porter
Kredit: Daily Mail/Stu Porter
Kredit: Daily Mail/Stu Porter

Adegan serupa turut berlaku di sebuah pusat hidupan liar di Kenya dan berjaya dirakam fotografer, Charlotte Rhodes dari New York.

Gambar: Daily Mail/Charlotte Rhodes
Gambar: Daily Mail/Charlotte Rhodes

Menurut Earth Touch News, seekor babi hutan boleh bertindak agresif dan boleh bertarung sehingga mencederakan dan membunuh pemangsa manakala cheetah pula seekor pemangsa yang paling laju, namun paling lemah antara spesies kucing gergasi. Hal ini membuatkan buruannya sering dicuri haiwan lain seperti dubuk, singa serta kumpulan babi hutan.

Sumber: Science is Amazing, Daily Mail, Earth Touch News, Youtube

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.