MUNICH: Seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat komersial EgyptAir telah dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup oleh Pengerusi Pemegang Syarikat Mesir, Rushdi Zakaria.
Ibu kepada bayi tersebut, Hiyam Nasr Nagi Daaban dari Yaman ketika itu dalam perjalanan menuju ke London daripada Kaherah.
Dalam perjalanan itu, apabila diketahui bahawa dia ingin bersalin dan tidak mampu untuk bertahan, juruterbang pesawat MS777 EgyptAir membuat keputusan untuk melakukan pendaratan darurat di Munich.
Namun, bayi itu dilahirkan sebelum mendarat berkat bantuan daripada doktor serta penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut.
“Rushdi Zakaria, mengucapkan tahniah kepada Hiyam Nasr Naji Daaban, seorang warga negara Yaman, atas keselamatannya dan memberikan tiket percuma perjalanan seumur hidup kepada bayinya yang baru dilahirkan semasa penerbangan EgyptAir semalam (16 September) dari Kaherah ke London, ”tweet syarikat penerbangan itu.
Sumber: Stuff