Siakap Keli
Gambar: Roslan Rahman/AFP

Covid-19: 12 Kes Baru Di Singapura, Empat Kes Import

SINGAPURA, 23 Sept (Bernama) — Singapura secara awalannya mengesahkan 12 kes jangkitan baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam, dengan empat daripadanya kes import.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, kesemua kes import telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Berdasarkan kepada siasatan kami sehingga kini, terdapat satu kes komuniti yang merupakan pemegang pas kerja,” menurut data itu.

Kementerian itu menyatakan, yang mereka masih mengumpulkan maklumat penuh kes-kes dan pengemaskinian akan dikeluarkan malam ini.

Dengan angka tersebut, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara itu kini 57,630.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Selasa, kementerian itu mengklasifikasikan 1,025 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,243 kes komuniti dan 54,359 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing.

MOH berkata, 57,262 kes telah pulih sepenuhnya dan telah didiscaj daripada hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Katanya, sejumlah 37 kes yang disahkan masih ditempatkan di hospital, namun tiada yang berada di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 301 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat, tetapi diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini 27 orang mati akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.

Tiada kluster baru dikenal pasti semalam.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.