Siakap Keli
Foto: Facebook JAC

Jangan Buang Kulit Telur Ayam, Wanita Ini Ajar Cara Buat Baja Kulit Telur Ayam Untuk Tanaman

Ramai yang mula suka dengan bercucuk tanam. Apa salahnya kalau berbudi pada tanah kan? Tetapi, ada juga yang tidak tahu cara lain untuk suburkan tanaman selain penggunaan baja. Korang mesti akan ‘terkejut’ jika SK memberitahu bahawa kulit telur juga boleh jadi sebahagian daripada baja tanaman.

Mudah kan? Baja organik ini boleh kita dapati dari dapur rumah kita sendiri. Khasiat kulit telur ayam ini memang banyak termasuklah memberikan nutrien yang bagus untuk tumbuhan yang mula berbunga.

Aktiviti pagi ni kekawan. Kulit telur mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit. Baja kulit telur. Jangan tanya kenapa tumbuk, kita memang rajin orangnya. Proses membuatnya ada dalam gambar. Ada tak macam saya kita geng. 

Caranya sangat mudah, jom ikut macam Jatye ni buat.

Proses menumbuk kulit telur dah siap untuk ditabur kat pokok sayur. Satu sudu teh satu pokok.

1. Cuci bersih lepas tu jemur kering untuk proses ditumbuk halus menggunakan lesung batu

2. Proses menumbuk kulit telur hingga halus untuk buat baja sayuran.

Jadi, tidak mustahil untuk korang mula bercucuk tanam di rumah hanya dengan baja organik yang hanya menggunakan bahan datangnya dari dapur sahaja. Kita mungkin dapat kurangkan kos pembajaan. Apatah lagi memberi kesan yang baik kepada tanaman.

 

Syumber: Jatye Atie

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang