Siakap Keli

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Positif Covid-19, Mohon Maaf Pada Semua

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19 menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Menurut Shahril, beliau tidak menunjukkan sebarang gejala melainkan hanya merasa sedikit letih sebelum mengambil keputusan membuat ujian Covid-19 di Kuala Lumpur.

Hasil ujian kemudiannya mendapati beliau positif dan kini sedang menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan lanjut hari ini.

Pada masa yang sama, Shahril turut meminta maaf atas segala kesulitan kepada semua pihak yang mempunyai kontak rapat dengan beliau.

Sumber: Twitter Shahril Hamdan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.