Siakap Keli

Lelaki Didakwa Belah Perut Isteri Sendiri Sedang Mengandung Kerana Ingin Tahu Jantina Anak

INDIA: Seorang lelaki di India Utara telah ditahan setelah didakwa menusuk perut isterinya yang sedang hamil dengan menggunakan sabit hanya kerana ingin tahu jantina bayi yang sedang dikandung itu.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan bayi yang dikandung itu telah meninggal dunia.

Pihak keluarga mangsa mendakwa bahawa suspek tersebut menyerang mangsa kerana dia ingin tahu akan jantina bayi tersebut.

“Dia menyerangnya dengan sabit dan mengoyak perut isterinya sambil mengatakan bahawa dia ingin memeriksa jantina bayi itu”, kata saudara mangsa.

Pasangan itu mempunyai 5 orang anak perempuan dan lelaki tersebut memaksa isterinya untuk melahirkan seorang anak lelaki.

Setelah suspek ditangkap oleh pihak polis, suspek mengatakan bahawa kejadian itu merupakan suatu kemalangan.

“Pasangan itu sering bertengkar kerana ingin mempunyai seorang anak lelaki”, kata saudara mangsa.

Suspek mengatakan, serangan terhadap mangsa adalah tidak sengaja.

Dia mengatakan bahawa dia melempar sabit tersebut ke arah isterinya namun tidak sangka akan menyebabkan kecelekaan yang serius.

Siasatan masih diteruskan.

Sumber: Tribunnews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.