Telefon bimbit adalah suatu alat yang digunakan untuk berkomunikasi, melayari internet, menyelesaikan urusan seharian dan sebagainya.
Ketiadaan telefon bimbit pastinya akan membebankan seseorang itu. Manakan tidak, bermacam-macam urusan boleh diselesaikan dengan hanya satu klik sahaja.
Telefon bimbit juga perlulah sentiasa dikemaskan supaya sedap mata untuk memandang setiap kali ingin menggunakan telefon bimbit.
Seperti yang diketahui, telefon pintar Iphone adalah merupakan salah satu telefon bimbit yang tampak kemas dan elegan pada bahagian ‘home screen’.
Justeru daripada itu, seorang pengguna Twitter bernama @niqamrimustakim ada berkongsikan tentang cara-cara untuk edit telefon bimbit jenis android anda supaya tampak kemas seperti telefon pintar Iphone.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
lawa tak? pakai android pun boleh edit macam iphone tau☝🏻 pic.twitter.com/WK0d6Jo3YB
— ⁿⁱᵏ (@niqamrimustakim) September 22, 2020
Mula mula download apps Launcher IOS 14. lepastu kau gi setting kau tekan DEFAULT APP>HOME APP>IOS LAUNCHER. lepas kau tekan ios launcher tu automaticaly homescreen phone kau jadi macam iphone pic.twitter.com/rvj9eWf4rq
— ⁿⁱᵏ (@niqamrimustakim) September 22, 2020
Lepas home screen kau dah jadi macam iphone kau susun la apps ikut warna dan creativity masing masing
— ⁿⁱᵏ (@niqamrimustakim) September 22, 2020
lepas dah susun apps cantik cantik kau gi cari beberapa gambar yang kau berminat kat pinterest utk kau letak kat widget nanti.
seterusnya kau tekan homescreen kau 3 saat sampai muncul tanda “+” kat atas hujung belah kanan tu pastu kau tekanla. pic.twitter.com/f5JCFQl830— ⁿⁱᵏ (@niqamrimustakim) September 22, 2020
lepas kau tekan “+” nanti muncul mende macam ni. kau touch and hold widget tu and slide widget tu kat homescreen kau pastu nanti pilih gambar yang kau nak letak. pastu SIAP💦 pic.twitter.com/6P2ExOzwvm
— ⁿⁱᵏ (@niqamrimustakim) September 22, 2020
Sumber: @niqamrimustakim