Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Firstpost

Pelawat Dari Luar Negara Dibenarkan Semula Tunaikan Ibadah Umrah Mulai 1 November 2020

Arab Saudi dilaporkan akan membenarkan ibadah umrah sepanjang tahun untuk umat Islam bermula 4 Oktober ini secara berperingkat.

Berita itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa selepas tujuh bulan ibadah tersebut ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, lapor Barrons.

Negara itu telah menangguhkan umrah pada Mac lalu dan mengurangkan haji tahunan bagi mengelakkan jangkitan tersebar di  situ.

“Pada peringkat pertama, 6, 000 penduduk dan rakyat di dalam negara ini akan dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Saudi Press Agency.

Tambah kenyataan itu lagi, pelawat dari luar negara itu akan dibenarkan melakukan umrah mulai 1 November apabila bilangan jemaah umrah akan dinaikkan menjadi 20,000 sehari.

Sumber: Barrons

Sofea

There's always another side to every story