Siakap Keli

Program Subsidi Upah 2.0 Dibuka Semua Bermula 1 Oktober Ini, Bantu Syarikat Yang Masih Terjejas

Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat dan pekerja yang masih terjejas berikutan wabak Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ciri-ciri utama program ini adalah seperti berikut:

Pertama: subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas, iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas;

Kedua: subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja; dan

Ketiga: permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Tambah Muhyiddin, Program Subsidi Upah 2.0 ini juga akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.

”Saya juga telah menerima pelbagai maklumbalas berhubung Program Subsidi Upah. Antaranya daripada mereka yang tidak layak menerima Program Subsidi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April 2020. Bagi memastikan golongan ini juga tidak tertinggal,

”Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020,” kata beliau.

Selain itu, bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

Pelaksanaan Program Subdisi Upah 2.0 ini dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.