Siakap Keli

TERKINI: 3 Kematian & 147 Kes Baru COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 23 Sept- Sebanyak 3 kematian dengan 147 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kematian dilaporkan berlaku di Sabah manakala satu kematian di Kedah.

Kes baru hari ini disumbang daripada 143 kes tempatan yang terdiri daripada 119 warganegara dan 24 bukan warganegara.

Satu kluster baru dikesan di Sabah dan dikenalpasti sebagai kluster Udin.

Sementara itu, satu kes baru dikesan di Kelantan melibatkan individu dari Sabah, manakala lima kes di Kedah.

Sebanyak empat kes import melibatkan tiga warga negara dan satu bukan warganegara turut dilaporkan.

Berdasarkan kemaskini beliau, sebanyak 770 kes aktif dengan kebolehjangkitan dilaporkan sehingga hari ini.

Seramai lapan pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Maklumat lanjut menyusul.

Status terkini COVID-19 setakat 23 September 2020
Jumlah discaj baru: 39
Jumlah kumulatif discaj: 9602 (91.4%)
Jumlah kes baru; 147
Jumlah kumulatif: 10505
Jumlah kes aktif: 770
Kes tempatan: 143 (119 WN, 24 BWN)
Kes import: 4 (3 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 3
Jumlah kumulatif kematian: 133 (1.27%)
Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 2

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.