Siakap Keli
topeng muka
Gambar: Mia_Mfa

(Video) ‘Sporting’ Habis, Gadis Tercicir ‘Facemask’, Kawan Beri Topeng Kuda Sebagai Ganti

Tak kering gusi bila dapat kawan yang kaki sakat. Ada je idea nak kenakan orang setiap hari.

Baru-baru ini, seorang wanita warga Singapura, Mia berkongsi video lucu ketika sedang meluangkan masa bersama rakan-rakannya.

Kongsinya, dia kehilangan topeng muka dan telah meminta rakan-rakan untuk mendapatkan topeng baru buatnya.

Namun apa yang diberi ternyata berbeza seperti diminta. Rakan-rakannya berkomplot untuk memberi topeng muka ‘khas’ buat wanita itu.

Mereka ‘menghadiahkan’ topeng berwajah kuda yang dipercayai diperoleh daripada mesin permainan layan diri.

Apapun, reaksi wanita itu memang sporting habis. Terkekek-kekek dibuatnya sambil pakai topeng muka tersebut.

“Saya betul-betul terlindung sekarang ini. Terima kasih.”

Sempoi dan selamba, wanita itu memakai topeng berkenaan ketika berjalan-jalan bersama rakan-rakannya.

Pasar raya

Eskalator

Taman permainan..

Video tersebut ternyata telah menceriakan hari ramai orang. Rata-rata terhibur menonton gelagat gadis itu dan rakan-rakan.

Kelakar

Sporting gila

Ada kawan yang sama-sama masuk air memang seronok

Kawan-kawan macam ni lah yang kita mahukan

Sumber: Mia Mfa

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.