Siakap Keli

Banduan Dilapor Berjaya Larikan Diri Selepas Gali Lubang Sepanjang Lebih 30 Meter

TANGERANG, INDONESIA: Seorang banduan telah berjaya melarikan diri daripada pusat tahanan setelah mengali lubang sepanjang lebih daripada 30 meter.

Banduan tersebut dilapor berusia 53 tahun.

Suspek merupakan warganegara China yang dipenjarakan di penjara Tangerang di Bentan Indonesia atas kesalahan menyeludup 110kg dadah jenis methamphetamine – menunggu hukuman mati untuk dilaksanakan.

Diketahui perancangan untuk melarikan diri ini telah dibuat sejak 6 bulan lalu.

Sebelum melarikan diri, banduan ini sempat untuk mengajak salah seorang rakannya untuk melarikan diri bersamanya namun, rakannya itu tidak mahu mengikutinya.

Dipercayai lubang yang digali itu bersambung dengan saluran air bawah tanah dan keluar melalui longkang.

”Sebelum ini, cubaan melarikan diri telah dilakukan oleh banduan ini namun gagal”.

Siasatan mendapati bahawa dia menggunakan peralatan pemutar skru dan kuku kambing untuk mengali lubang tersebut.

Persoalan di sini bagaimana banduan memperoleh peralatan tersebut?

“Pihak kami sedang meneliti sama ada banduan ini mendapat bantuan daripada mana-mana pihak atau pun tidak”, ujar pihak berkuasa.

Sumber: Tangerang

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.