Siakap Keli
Gambar: PFA Malaysia

Bekas Pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad Meninggal Dunia

Bekas pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini sebentar tadi.

Laman Facebook Football Terengganu memaklumkan, arwah yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club meninggal dunia selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini.

“Semoga ahli keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan Allahyarham di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada di sisiNya,” memetik kenyataan tersebut.

Marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham. Alfatihah

Sumber: Football Terengganu, PFA Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.