Siakap Keli

Dipercayai Tertelan Ketika Sedang Gosok Gigi, Perut Lelaki Ini Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Berus Gigi

INDIA: Sepasukan doktor pakar telah mengeluarkan berus gigi berukuran 19cm daripada perut seorang lelaki.

Dipercayai mangsa telah tertelan berus gigi itu ketika sedang memberus gigi.

Namun kejadian itu sama sekali tidak memberi rasa sakit kepada mangsa.

“Tetapi lebih baik jika dikeluarkan”

Pihak hospital sangat terkejut dengan kes itu kerana ianya boleh membawa maut pada bila-bila masa sahaja.

Mangsa telah dibawa ke hospital swasta untuk diperiksa oleh pakar bedah, Bomni Tayeng – Bakin Pertin Memorial Hospital di Pasighat, India.

Pada mulanya, pakar bedah tersebut melakukan ‘esophagoscopy’ untuk mencari berus gigi itu namun tidak dijumpai di saluran kerongkong – saluran antara tekak dengan perut.

“Ini bermaksud berus gigi itu telah masuk ke dalam perut”

Dr Tayeng melakukan x-ray di bahagian perut mangsa untuk mencari berus gigi itu, namun berus gigi itu tidak dijumpai.

Dr Tayeng menambah,”jika penggunaan x-ray tidak dapat menemui berus gigi itu maka saya akan lakukan ‘exploratory laparotomy’.

“Berus gigi itu ditemui dan dapat dirasakan”

Pembedahan itu telah berjaya dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Sumber: Dailystar

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.