Siakap Keli
Gambar: Nani's Makeover

Kreatif, Wanita Buat ‘Frame’ Hiasan Burung Hantu Guna Rempah-Ratus Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai warganet yang gemar akan DIY, pasti anda kenal dengan Nani’s Makeover yang terkenal dengan tangan seninya yang begitu kreatif.

Jika singgah di laman Facebooknya, pasti anda akan terpegun dengan gaya dekorasi rumah, hiasan, andaman dan lain-lain yang datang daripada ilhamnya sendiri.

Sebelum ini, beliau pernah membuat bingkai hiasan hanya dengan menggunakan cebisan kotak-kotak lama yang dikoyakkan.

BACA: Kreatif, Hanya Guna Carikkan Kotak, Wanita Kongsi Cara Hasilkan Hiasan Yang Sangat Cantik Ini

Baru-baru ini, satu lagi bingkai hiasan DIY diciptanya. Percaya atau tidak, kali ini beliau hanya menggunakan rempah-ratus sahaja.

Jom ikuti turutan di bawah ini.

Gambar: Nani’s Makeover

Basic guna kotak. Tak pandai lukis tapi cecuba jugak asal ada rupa.

Lekat semua rempah guna white glue.

Makan masa semalaman untuk betul-betul kering.

Gambar: Nani’s Makeover

Cenggini rupa dah kering.

Gambar: Nani’s Makeover

Backdrop ni guna playwood.

Cat warna putih guna cat Dulux waterbased.

Dan frame guna kayu spin.

Ranting-ranting lekat sesuka hati guna hot glue.

Yang ni semua guna ranting rambutan.

Gambar: Nani’s Makeover

Lepas siap susun ranting, boleh lekat dah budak owl tu.

Ikut suka memasing nak letak kaki ke tak.

Gambar: Nani’s Makeover

Siap!

Gambar: Nani’s Makeover
Gambar: Nani’s Makeover

Siap gantung!

Gambar: Nani’s Makeover

Sumber: Nani’s Makeover

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.