Siakap Keli

(Video) Gadis Miliki Bakat Unik, Mampu Tulis Guna Kedua-dua Tangan Dalam Dua Bahasa Serentak

Bukan semua orang mampu menulis menggunakan kedua-dua belah tangan serentak, apatah lagi menulisnya dalam bahasa asing.

Sudah tentu memerlukan kemahiran, bakat semulajadi dan tumpuan penuh untuk melakukan perkara tersebut.

Mungkin sukar dan mustahil bagi kita, namun tidak pula bagi Aadi Swaroopa dari India ini.

Gadis remaja ini dilaporkan mampu menulis 40 hingga 45 patah perkataan Bahasa Inggeris menggunakan kedua-dua belah tangannya dalam masa satu minit.

Tidak hanya itu, dia juga mampu melakukannya dalam keadaan matanya tertutup, selain turut boleh menulis dua bahasa berbeza sekaligus iaitu Bahasa Inggeris di satu tangan dan Bahasa India (Selatan) di satu tangan yang lain.

Bakat semulajadinya ini mencuri tumpuan serta mendapat penghargaan daripada Lata Foundation dalam kategori rekod dunia eksklusif.

Dalam foto dan video yang tular di media sosial, dia mampu menulis menggunakan kedua-dua tangan di papan tulis dan buku serentak.

Sementara itu, Aadi dilaporkan mahu mempertingkatkan lagi keupayaannya untuk menulis kira-kira 55 hingga 60 patah perkataan dalam seminit.

Bakat sejak kecil

Difahamkan, bakatnya itu sudah terzahir sejak dia kecil lagi.

Ibunya, Sumangla Sumadkar berkata, anak gadisnya itu sudah mampu menulis dengan baik menggunakan kedua-dua tangan sejak seawal usia dua tahun.

“Sejak berusia dua hingga tiga tahun, dia sudah boleh menulis dengan baik, bahkan dengan menggunakan dua tangan.

“Dia juga boleh menulis dengan 10 cara berbeza menggunakan kedua-dua tangannya,” katanya, memetik laporan India Times.

Gambar: ANI

Selain menulis dengan cara unik, Aadi juga memiliki bakat lain dalam bidang suara (beatbox).

Menurutnya, dia mahu menyertai acara pertandingan beatbox pada 2021 nanti dan tekad untuk memecahkan rekod dunia dalam bidang itu.

“Saya juga berkeinginan memecahkan rekod dunia di kategori beatbox dalam vokal perkusi untuk meniru bunyi dram dengan menggunakan mulut, bibir, lidah dan suara,” katanya lagi.

Sumber: Indozone, India Times, ANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.