Siakap Keli
Gambar hiasan (latar). (Kredit: Google/Efa Aziz)

Wanita Kongsi Pengalaman Menyentuh Hati Naik Grab Dengan Pemandu Dipercayai OKU Pendengaran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keadaan fizikal tidak menjadi penghalang bagi sebahagian individu kelainan upaya untuk mencari rezeki yang halal dengan keringat sendiri.

Malah, kewujudan industri gig turut memberi ruang yang lebih fleksibel bagi mereka untuk bekerja sebagai pemandu atau penghantar makanan.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya menaiki kereta sewa yang dipandu individu kelainan upaya.

Kongsi Efa Aziz, beliau terdengar lagu Melayu klasik yang dimainkan di radio kenderaan lelaki berbangsa Cina tersebut. Teruja dengan selera muzik pemandu berkenaan, Efa kemudiannya ingin memulakan perbualan dengannya.

Untuk kepastian, wanita itu kemudiannya menyemak semula maklumat pemandu di dalam aplikasi bagi memastikan sama ada pemandu berkenaan benar-benar bukan Melayu.

“Saya naik Grab dan pemandunya Cina dalam lingkungan 60-an. Dia buka radio yang mainkan lagu Melayu klasik.

“Saya baru nak tegur, ehย uncleย suka dengar lagu Melayu juga.

“Takut silap, mungkin dia pun Melayu. Saya semak balik maklumat pemandu dan tertulis dia OKU pendengaran.”

Perkongsian wanita berkenaan mendapat lebih 16 ribu tanda suka di mana kebanyakan warga maya tersentuh dengan situasi berkenaan.

Pada masa yang sama, ada antara mereka yang turut berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan pemandu kelainan upaya.

Saya akan siap-siap tulis nota terima kasih

Pernah naik Grab dengan pakcik OKU pendengaran. Pemandu sangat berterima kasih bila maklumkan ada bunyi pada tayar kereta

Cari rezeki halal dengan kekurangan adalah lebih mulia berbanding penjenayah yang sempurna

Beri lebih tips

Google cara berterima kasih dan komunikasi

Terharu, dia bukakan radio untuk awak

Rasa nak belajar bahasa isyarat

Saya Cina, tapi dengar lagu Melayu

Perkongsian itu turut mendapat perhatian GrabMy

Sumber: Efa Aziz Official

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.